Archive for June, 2009

19
Jun

Mardziah vs Sulaiman







adeh…tak habis lagi update…
selesai sudah beberapa liputan majlis perkahwinan yang telah berlangsung pada cuti sekolah yang lepas.
kali ini update tentang majlis akad nikah Mardziah dan Sulaiman, kata orang ” ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu jua”. Jauh menyeberangi Laut China Selatan…ishh..apa yang aku mengarut nih..hehehe..Majlis telah berlangsung di Kota Kuala Muda, Kedah pada 12hb Jun 2009 yang lepas. Kiranya ni dah kali kedua aku membuat liputan lensa untuk pasangan ini.. kali pertama ketika majlis pertunangan mereka pada hujung tahun 2008. Insyaallah, liputan mengenai majlis perkahwinan mereka akan di update tidak lama lagi..nanti ya..

Kepada Mar dan Leman, Selamat Pengantin Baru, semoga kalian kekal bahagia hingga akhir hayat

19
Jun

Dania vs Azad



Majlis Pernikahan Dania dan Azad berlangsung di Masjid Al-Bukhari, Alor Setar, Kedah pada 13hb Jun 2009 yang lepas telah menerima sentuhan lensa Arifwan. Majlis ini sepatutnya akan berlangsung pada Oktober 2009 nanti.
Buat pasangan, Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. Insyaallah, kalian akan menjadi mangsa tembakan lensa faniphotography pada hari persandingan nanti.hehehehe….

ketemu lagi kita ya…

17
Jun

Rusnani vs Fadly

update lagi…musim cuti sekolah dah habis..musim orang kahwin pun dah reda. dua minggu aku berhempas pulas..tembak sana, tembak sini.. mencangkung, meniarap,merangkak, panjat sana sini, terjun bendang (terjatuh dalam bendang pun ada jugak hehehehe), panjat tingkap.. berpanas tu memang dah satu kemestian.berhujan??? ni kena fikir dua tiga kali..hehehe..
kalah sniper tu…ye la semata-mata nak mencari pics terbaik untuk pengantin2 sekelian (pada mata aku la).

kali ni update tentang majlis perkahwinan Rusnani dan Fadly yang telah berlangsung pada 11hb Jun 2009 yang lepas. Rusnani ni ialah adik kepada Faizal (pasangan pengantin yang aku cover dulu, dah dapat anak dah pun..). Liputan akad nikah oleh aku sendiri pada malam sebelumnya, tapi liputan majlis persandingan telah dihadiri oleh M.Zaidi pasai aku tidak dapat hadir pada saat2 akhir kerana atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.





sambungan….

Al-Fatihah…Semoga roh nenda di tempatkan di antara orang2 yang beriman..amin… Allahyarhamah Hajah Asma binti Lebai Mahmud telah meninggal pada 10hb Jun 2009 yang lepas setelah 4 bulan terlantar di atas katil. Foto ini di ambil beberapa hari sebelumnya.

16
Jun

Eida vs Radhi

Majlis Perkahwinan kali ini bertempat di Pekan Khamis, Kupang. Liputan lensa oleh saudara Deelapena. Kepada pasangan “SELAMAT PENGANTIN BARU” di ucapkan, semoga kalian kekal bahagia hingga akhir hayat..